Friday 27 January 2012

susah ke senang?

Assalamualaikum w.b.t

haluuuu...susah ke senang ek? ape yang susah n ape yang senang? semua pkara yg kita nak buat ada susah n ada senang..mcm exam semua orang kata exam ni susah kan..kadang2 tu sampai tension kot nak hadapi exam..mse form 3 dulu aq selalo ingat trademark sorg cikgu sains aq..."BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH.."betul lah kan..okey..maksud bukan senang nak senang nih contohnya kita nak berjaya dalam pelajaran mestilah memerlukan pengorbanan, usaha yg bersungguh-sungguh n azam yg tinggi utk berjaya...study siang malam bersengkang mata sampai nih dah jadi mata panda dah.susah kan nak berjaya n nak dapat kerja yg bgus2?

Dan ape plak mksud bukan susah nak susah? kalo kita xnak berjaya xpayah la study hard, xpayah pegi skolah pom xpe..tup2 pegi jawab exam je..mmg kompem la fail kan kalo xstdy pape tnpa usaha..huu..
mcam tu la lebih kurang mksud nya..hihi...sori le kalo xbetul..

tapi bg aq la..bnda nih akan jdi mudah kalo kita pkir ia mudah...jangan terlalu tension sgt pkir eeee susah nya subjek biologi ni..susahnya fizik ni....errghhhh tensionnya...! so automatik minda kita turut pkir subjek2 ni susah..walau susah sekalipun tapi kalo kita pkir bnde ni senang, insyaALLAH semua akan jdi senang..yg selebihnya kita berserah pada ALLAH..sbb kita dah usaha, byakkan berdoa, ALLAH psti akan tolong hmba-Nya kan... =)

tapi ape yang penting...KITA KENA BANYAKKAN BERDOA PADA ALLAH...MOHON SEGALA URUSAN KITA DIPERMUDAHKAN..INSYAALLAH...

moga korang berjaya di dunia dan di akhirat...=)
insyaALLAH..<3

Wednesday 25 January 2012

ujian tanda kasih sayang ALLAH

assalamualaikum w.b.t

ujian? erm..setiap manusia ni pasti akan diuji oleh ALLAH s.w.t dengan ujian kesenangan mahupun kesusahan..Ujian kesenangan ni bila kita diberi peluang untuk merasai kekayaan samada kita bersyukur atau tidak dan kita gunakan kekayaan yang kita miliki tu ke arah landasan yang betul atau tidak..tapi ape yang kita mampu lihat bila kita ditimpa ujian kesusahan..

Dan ingatlah semua kwan2..apabila kita ditimpa ujian, ingatlah ALLAH s.w.t sentiasa ada bersama kita dalam apa jua keadaan...kata2 ni lah yang membuatkan saya yakin dan teruskan hidup ni walaupun kita rasa tak mampu nak hadapi dugaan ni..INSYAALLAH kita kuat...ALLAH takkan uji hamba-Nya melebihi kemampuan kita.

Pernah tak kita terfikir..kenapa aku yang diuji sedemikian? sebabnya kita mampu nak hadapi semua ni.dan sebabnya kita adalah insan yang terpilih oleh ALLAH untuk terima dugaan ni...seberat mana dugaan yang kita hadapi,ingatlah ALLAH..selalu lah berdoa memohon pertolongan ALLAH..mengadulah pada ALLAH..kalau saya tak kuat nak hadapi,bila saya beremosi..saya suka dengar lagu IN-TEAM yg bertajuk KEHIDUPAN..kata2 ni lah yang menjadi pembimbing saya..
.....

Wahai Hamba Ilahi,
Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..

Ingatlah,
Allah tidak pernah melupakan kita tetapi mungkin kita yang selalu melupakanNya, melupakan ayat-ayatNya, melupakan nikmat-nikmat yang telah kita pinjam dariNya..
Ketika kita senang, dengan enteng kita meninggalkanNya. Ketika kita susah, kita meraung menyeru namaNya. tidak malu kah kita padaNya? sedarlah ! kita hambaNya bukan siapa-siapa. Jika tidak kerna kasih sayangNya kita tidak akan dapat merasai apa yang kita miliki tika ini..

Sedarlah jiwa-jiwa yang terleka.
Hadapilah segala ujian dengan rasa kehambaan kepadaNya.Tersenyumlah kerna setiap kesulitan itu pasti akan disusuli oleh kemudahan.Sesungguhnya dugaan dan ujian hadir dalam hidup kita adalah tanda sayangnya Allah pada kita. Oh untungnya kita.

Ayuh kembali menjadi hamba-Nya,
kesilapan yang lalu jadikanlah sebagai pengajaran buat kita agar terus berjaya di masa depan .Jangan biarkan kegagalan itu membunuh jiwa kita untuk terus bangkit.
Buatmu wahai jiwa - jiwa yang terluka..

Jangan bersedih,
kerana qadha' telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering,lembaran-lembaran catatan ketentuan telah pun dilipat, dan setiap perkara telah ditetapkan! Betapapun, kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau menta'khirkan kenyataan yang terjadi, dan tidak juga mampu menambahkan atau mengurangi apa yang telah ditetapkan.

Jangan bersedih,
sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang dan mengembalikan aliran sungai ke sumbernya semula!

Jangan bersedih,
kerana orang yang merasa sedih itu bagai sungai, muaranya di laut dan mengalir ke laut kembali. Ia juga ibarat seorang wanita yang mengurai pintalan tenun yang kuat pintalannya, dan ibarat seseorang yang menulis di atas air dengan tangannya.

Jangan bersedih,
sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan anda. Oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan, dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang mensia-siakan waktu.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." – (Surah Al-Imran:139)


Kita tidak akan sesekali dapat menjangka,
Apa yang Allah aturkan buat kita,
Adakala kita tersangat gembira.
Adakala kita tersangat tidak suka,
Aturan-Nya bukan pilihan kita,
Namun,
Jangan risau manusia
Allah itu tuhan kita
Tuhan yang Maha Luas kasih sayangnyaPercayalah,
Dia tidak akan menduga hamba-Nya,
Kecuali untuk melihat hamba-Nya,
tersenyum di sana,
tertawa di sana,
berbahagia di sana,
Di syurga yang mengalir dibawahnya sungai-sungai yang mendamaikan jiwa.
Oh indahnya !

smile always~~ =)


ni adalah lagu in-team..kehidupan.
hayatilah lagu ni..=)

Monday 23 January 2012

cuti cuti

yeayyyy....cuti sem 1 dah pom bermulaaa....ops...dah seminggu le..huhu...sebulan kot cuti kali ni..mmg best lah kan..tapi kadang2 bosan la jugak xtaw nak wat ape je...asek on9 je lah..ape yg penting bg seorg student ialah dapat relax kan otak yg ber geliga ni untuk stdy sem depan plak..hoho...
Nak dijadikan criter..sbb dah lama xnaik mototr aq pom naik lah dengan gembiranya hati..oh lalala....then pegi umah kawan nak ajak dia skali..bru skerat jalan ntah terpijak ape xtaw tibe2 tayar blkang pancit...sedih tol...dah la lama xnaik motor..dia nk pancit le plak....alahaiiiii.....sabor je lah wahai hati....
pastu aq bawak balik umah xpasal2 kena bebel ngan nenek...cian atok kena baiki motor tu...sori le atok ku syg...bukan ku pinta nk jd cmni..sobs sobs...
tpi sbb atok syg aq lebih dr mtor tu...dia pom baiki le cepat2...n alhamdulillah dapat gak naik mtor sblum g U balik..hehehehee...jgn jeles sape2 yg xreti naik motor tuuuu... =p

Sunday 22 January 2012

ASSALAMUALAIKUM W.B.t

hye korang..hehe...saya saje je menggatal nak wat blog ni...xda pape pom..just nk kongsi cter2 ngan korang..ilangkan tension ke..sedih2 ke..huhu

walau apepom masalah yg kita hadapi..kite kena trima dgn redha..
n selalolah muhasabah dri kita supya kita xsesat pd landasan ALLAH s.w.t..
insyaallah... =)